Skip to main content

Ulasan Artikle

Bahasa samada secara lisan atau tulisan merupakan alat untuk menyampaikan maksud, fikiran dan ilmu yang berkaitan antara satu sama lain. Dalam setiap bahasa mempunyai ciri-ciri khasnya dalam tatabahasa yang harus dipatuhi oleh setiap penggunanya. Bidang tatabahasa adalah suatu bidang yang paling rumit dalam bahasa Melayu. Oleh itu, setiap penulis haruslah memastikan petikan atau artikel yang ditulis telah menepati semua hukum-hukum tatabahasa. 

Artikel yang telah saya analisis adalah artikel yang bertajuk :" Ilmu itu datangnya dari Allah, Jangan suka menyombongkan diri". Saya telah menganalisis artikel ini dan telah menjumpai beberapa kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa, antaranya: 

Kesalahan Ejaan: 
  1. “Kebebasan berpikir & Kemerdekaan berpendapat merupakan…”                         Perkataan “berpikir” mempunyai kesalahan dalam segi ejaan. Perkataan “berpikir” seharusnya dieja sebagai “berfikir” yang membawa maksud dengan mengambil kira berbagai-bagai faktor. (Berpikir --> berfikir)
  2. “…Bill Gates yang jelas-jelas manusia terkaya di Dunia.”                                     Perkataan “Dunia” yang digunakan dalam ayat di atas merupakan kata nama am. Dalam konteks bahasa Melayu, sekiranya kata nama am tidak digunakan pada hadapan ayat, kata nama tersebut tidak perlu dijadikan huruf besar. Oleh itu, dalam ayat tersebut, perkataan “Dunia” sepatutnya ditulis dalam huruf kecil.     (Dunia à dunia)
  3.  “Padahal uang yang sama akan jauh lebih bermanfaat jika dapat…”
    Perkataan “uang” adalah salah dari segi ejaan dalam konteks Bahasa Melayu. Ejaan yang sepatutnya ialah “wang”    (Uangà Wang)
  4. System yang di umumkan pertama kali pada tanggal 27 September 1983Perkataan “System” yang digunakan dalam ayat telah telah salah ejaannya. “System” sepatutnya dieja sebagai “Sistem” dalam bahasa Melayu.    (System à Sistem)
  5. “mempelajri source code dari software yang mereka gunakan…”
    Ejaan bagi perkataan “mempelajri” yang dituliskan dalam artikel adalah salah dan sepatutnya “mempelajari”.    (Mempelajri à Mempelajari)
  6. “…software bebas, yaitu,Richard Stallman dan Linus Torvalds.”
    Dalam ayat di atas, perkataan “yaitu” telah salah diejakan. Ejaan yang betul bagi perkataan ini adalah “iaitu”.     (Yaitu à Iaitu)
  7. “…menyangkut dirinya bukanlah semata-mata keluar dari pikirannya,”                          Perkataan “pikirannya” juga disalah ejakan. Ejaan yang betul bagi perkataan ini adalah “fikirannya”.    (Pikirannya à Fikirannya)
  8. “Ilmu dan segala kelebihan yang ada pada diri manusia adalah anugrah…”       Perkataan “anugrah” telah disalah ejakan. Ejaan yang betul bagi perkataan ini adalah “anugerah” yang membawa maksud: hadiah atau pemberian daripada orang yang lebih tinggi atau besar darjatnya.    ( Anugrah à Anugerah)
Kesalahan Tatabahasa: 
  1. “….source code dan memaksimalkan keuntungan dari penggunaan software yang…”  Ayat di atas mempunyai masalah penggunaan kata sendi nama “dari”. Kata sendi nama “dari” digunakan untuk menyatakan tempat, masa dan arah. Kata sendi nama “daripada”  pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca atau asal kejadian dan sumber. Oleh itu, dalam ayat di atas, kata sendi nama yang paling sesuai digunakan ialah “daripada”.   ( Dari à Daripada)
  2. “ Dan kenyataan yang sangat menyakitkan adalah bangsa…”                                     Kata hubung “ dan” yang telah digunakan dalam ayat di atas adalah tidak sesuai. Ini adalah kerana kata hubung “dan” mengimplikasikan maksud kesinambungan atau pertalian menggabungkan dua perkara yang setara. Oleh itu, kata hubung “dan” seharusnya diletakkan pada tengah ayat. Dalam ayat ini, kata hubung “dan” boleh dihilangkan.
  3. “…..sudah menjadi konsekuensi yang harus di tanggung.”
  4. “System yang di umumkan pertama kali pada tanggal 27 September 1983…”
  5. “Kisah yang menarik di sampaikan oleh Eric S. Raymond.”                                   Dalam ketiga-tiga ayat ini mempunyai kesalahan tatabahasa. Imbuhan awal “di” telah ditambahkan pada kata kerja “tanggung”,  “umum” dan “sampai”. Imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar yang tertentu harus dijadikan satu perkataan dan bukan menjadi dua perkataan. Jika dipisahkan kepada dua perkataan akan memberikan maksud yang berbeza. (Di tanggung à Ditanggung)     (Di umumkan à Diumumkan)   (Di sampaikan à Disampaikan)
  6. softwarenya. Philosohy ini di publikasi sebagai GNU Manifesto bulan Maret 1985….     Perkataan softwarenya mempunyai masalah tatabahasa dalam artikel ini. Perkataan “software” merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang membawa maksud perisian. Kata pinjaman sepatutnya tidak boleh ditambahkan dengan apa-apa jenis imbuhan. Dalam article ini, penulis telah menambahkan imbuhan akhiran- nya dalam perkataan “softwarenya”.    (Softwarenya à “Software”)
  7. “… di tahun 1960-an pada masa awal berkembangkan komputer menggunakan…”  “Di tahun 1985 itu juga Richard Stallman membentuk ….”                                  Penulis telah menggunakan kata “di” untuk menerangkan sesuatu masa. Kata sendi nama “di” harus digunakan untuk tempat, manakalah kata sendi nama “pada” digunakan untuk menyatakan masa, orang dan benda. Oleh itu, dalam ayat di atas, kata sendi nama “pada” patut digantikan dengan kata sendi nama “di”                       (Di tahun 1960-an à Pada tahun 1960-an)   (Di tahun 1985 à Pada tahun 1985)
  8. “…tapi karena pengaruh lingkungan, baik pendapat, ide, temuan, tulisan, bahkan ‘hak intelektual’ yang mungkin ..”                                                                                      Kata hubung yang digunakan dalam ayat di atas adalah “tapi” dan “karena”. Kata hubung “tapi” adalah dikirakan salah dari segi tatabahasa. Ini adalah kerana “tapi” bukannya perkataan yang baku. Perkataan yang betul ialah “tetapi”. Selain itu, ejaan bagi kata hubung “karena” adalah salah dan sepatutnya menjadi “kerana”.      (Tapi à Tetapi)   (Karena à Kerana)

Comments

  1. Analisis kesalahan tatabahasa yang jelas dan lengkap. Contoh yang diberi selaras dengan petikan.

    ReplyDelete
  2. hasil analisis adalah jelas, tepat dan padat. Contoh kesalahan dan cadangan pembetulan yang diberikan juga sesuai.

    ReplyDelete
  3. Penjelasan yang diberikan lengkap dan senang

    ReplyDelete
  4. Analisis yang jelas dan tepat. Bagus.

    ReplyDelete
  5. Penulis dapat menjelaskan sebab kesalahan tatabahasa itu berlaku.

    ReplyDelete
  6. Analisis ini memperbetulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam petikan dan turut memberi penjelasan yang jelas tentang kesalahan tatabahasa.

    ReplyDelete
  7. Kesalahan ditandakan dengan warna yang berlainan, mudah mencari kesalahan dalam ayat.

    ReplyDelete
  8. Analisis kesalahan tatabahasa dalam petikan adalah jelas dan disokong dengan penerangan.

    ReplyDelete
  9. Penjelasan analisis kesalahan bahasa yang agak lengkap dan jelas.

    ReplyDelete
  10. Analisa yang jelas kerana memberi penekanan terhadap kesalahan dan membantu pembaca untuk segera mengetahui kesalahan dalam petikan.

    ReplyDelete
  11. Analisis kesalahan tatabahasa yang jelas dan mudah difahami. Syabas!

    ReplyDelete
  12. Analisis yang jelas dan tepat!bagus!

    ReplyDelete
  13. Penggunaan "Highlight" telah membolehkan pembaca memahami kesalahan yang ingin ditunjukan dengan berkesan tetapi penyusunan ayat perlu dipertingkatkan lagi. Taniah teruskan usaha~

    ReplyDelete
  14. Isi kandungan dalam petikan menarik perhatian. Analisis yang dilakukan jelas dan amat berguna.
    Perkataan Software dalam petikan boleh digantikan dengan "perisian".

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan saudara, perkataan software merupakan perkataan dalam bahasa inggeris dan perkataan perisian merupakan perkataan bahasa melayu yang membawa maksud sama dengan software.

      Delete
  15. Tink's Iron Tiger Ear Earrings - Titanium Arts
    Tink's titanium mens rings Iron Tiger Earrings & titanium shift knob Accessories ceramic vs titanium curling iron - TITANODO LEEYS - TITANODO LEEYS sugarboo extra long digital titanium styler - 제이티엠허브출장안마 TITANODO LEEYS. 4 in. (5 votes)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Isu Jurang Perbezaan Pencapaian Murid Antara Bandar Dengan Murid Luar Bandar.

Isu Jurang Perbezaan Pencapaian Murid Antara Bandar Dengan Luar Bandar Apakah maksud jurang perbezaan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah jurang membawa maksud lembah yang dalam, kehidupan yang susah dan perbezaan yang memisahkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala, istilah perbezaan membawa maksud keadaan atau sifat berbeza. Tambahan pula, bagi istilah pencapaian merujuk definisi Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang dicapai dan sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan usaha dan ketekunan. Secara rumusnya, jurang perbezaan pencapaian antara murid merupakan keadaan yang berbeza dalam kalangan murid yang menyebabkan mereka berbeza dalam pencapaiannya. Mengapakah jurang perbezaan pencapaian ini masih berlaku walaupun negara kita telah mencapai kesatuan sejak kemerdekaan lagi? Terdapat banyak sebab jurang perbezaan berlaku. Antaranya, latar belakang para murid, sosioekonomi, jantina, lokaliti sekolah, gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran muri...

Ilmu itu datangnya dari Allah, Jangan suka menyombongkan diri

Kebebasan berpikir & Kemerdekaan berpendapat merupakan impian banyak orang di dunia. Hal ini juga terjadi di dunia komputer, di tahun 1960-an pada masa awal berkembangkan komputer menggunakan mini komputer seperti PDP-11, para pemrogram masih relatif mudah melihat source code dari software yang digunakan. Sayangnya dunia kapitalis yang sangat komersial cenderung untuk memproteksi source code dan memaksimalkan keuntungan dari penggunaan software yang di kembangkan. Contoh yang paling extrim yang kita lihat hari ini adalah Microsoft. Dan kenyataan yang sangat menyakitkan adalah bangsa Indonesia harus membayar US$300 juta per tahun ke Microsoft untuk membayar lisensinya. Bayangkan bangsa Indonesia yang miskin ternyata harus mensubsidi kekayaan Bill Gates yang jelas-jelas manusia terkaya di Dunia . Padahal uang yang sama akan jauh lebih bermanfaat jika dapat kita gunakan untuk pendidikan anak bangsa ini. Sedihnya lagi, jika anda membajak produk Microsoft, penjara, sweepin...